Selasa, 04 Maret 2014

Makan Bubur Nasi Berlauk Bawang


Makan Bubur Nasi Berlauk Bawang
Makan Bubur Nasi Berlauk Bawang - GEORGE TOWN : Bubur nasi berlaukkan hirisan bawang sudah memadai untuk mengisi perut seorang ibu tunggal bersama tiga anak serta dua cucunya yang hidup dengan mengharapkan ihsan jiran.
Lebih memilukan, keluarga tersebut bakal kehilangan tempat berteduh kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa rumah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Jalan Sungai, Sungai Pinang dekat sini yang mencecah RM2,000.
Katihja Bee Latiff, 46, yang pernah berniaga mi goreng memberitahu, kehidupannya sekeluarga berubah selepas kematian suaminya pada tahun 2010 akibat penyakit jantung.
Menurut Katihja, dia bergantung sepenuhnya dengan bantuan bulanan daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) sebanyak RM300 dan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagaimanapun, setiap bulan beliau terpaksa membelanjakan kira-kira RM200 untuk kos rawatannya dan anak-anaknya.
Katihja tidak mampu bekerja setelah menghidap penyakit kencing manis menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong hingga lutut, manakala kaki kanan pula dipotong sehingga buku lali. – Kosmo

Tidak ada komentar:

Posting Komentar