Jumat, 21 Februari 2014

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal




Salam semua to my bloggers fan....Pagi ni Fadah bukak mail kat tempat kerja dan ada kawan Fadah ada menghantar satu mail mengenai ikan keli. Ada 2 jenis rupanya. Halal dan Haram. So, ada x sesiapa tahu tentang kebenaran fakta ini? haaaa..cuba baca yang ini dulu...




Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

• Kepala berbentuk V

• Bentuk badan mirip torpedo

• Badan berwarna hitam berkilat

• Bahagian bawah badan berwarna putih melepak

• Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning

• Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

• Kepala berbentuk U

• Bentuk badan tirus

• Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat

• Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu

• Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan

• Digoreng tidak meletup

Apa komen anda mengenainya?



Tidak ada komentar:

Posting Komentar